Blogger Widgets

25.12.12

16, Everything Seems So Wrong

16 tahun. Orang putih kata :
creds to google image
Realitinya? Segala rasa ada. Rasa masam, pahit, tawar, durian, ais krim, ubat gigi dan macam-macam lagi. (tak boleh sedap lagi ke contoh rasa tu?) Sebenarnya bukan pada tahap umur ni je. Umur lain pun sama. Cuma semasa umur ni lebih-lebih lagi perempuan termasuklah Aya, (of course lah Aya kan perempuan) semua benda rasa tak kena. At this stage, memang crucial sangat-sangat sebab masa ni kita dalam fasa perubahan daripada kanak-kanak kepada young adult. Emosi memang tak payah cakap lah kan. Macam roller coaster. (best apa naik roller coaster)
creds to google image 
Benda yang kecik pun terasa besar sangat masalahnya. Cikgu Aya pernah cakap. "16 tahun umur yang paling genting" (bukan genting highland tau. terasa nak pergi sana la pulak). Aya sendiri terasa perubahan diri lebih-lebih lagi dari segi emosi. Aya jadi banyak sangat fikir sampai benda yang bukan masalah boleh jadi masalah. And kita akan start bandingkan diri dengan orang lain. Soalan-soalan dan kenyataan-kenyataan yang menjatuhkan keyakinan diri mula berlegar dalam kepala. (contoh?) Contohnya:
  • aku ni bodoh sangat kan?
  • muka aku ni buruk sampai tak ada orang nak pandang.
  • kurusnya orang ni. tak macam aku, gemuk.
  • apa yang aku buat semuanya worthless sebab parents aku tak ada pun puji aku.
  • ala aku bukannya ada bakat nak masuk pertandingan-pertandingan ni.
  • aku rasa kawan aku berkawan dengan aku sebab *something* je.
Benda ni normal je. Semua orang pernah rasa, tengah rasa and akan rasa keadaan macam ni. Cuma bila jadi tak terkawal maka akan wujudlah konflik. Ada orang konflik dengan kawan sebab tak persefahaman atau misunderstood. Aya ada tengok satu show ni. Korean punya show. (haaaa dah agak dah. mesti korea) Tajuk dia "Hello Counselor". Dalam show ni dia akan ceritakan masalah orang atau kebimbangan/concern orang. And dia akan cuba selesaikan masalah tapi masalah-masalah ni tak ada la kompleks sangat sebab MC dia bukan pakar. Entertainer je. Kebanyakannya tentang perangai orang yang pelik. Memang macam-macam jenis orang korang akan jumpa dalam show tu. Kalau ada yang berminat nak tengok sila klik sini ^_^ .

Ada satu kes tu. Dua orang kawan ni tak bercakap selama 2 tahun. Yang concern ni kawan diorang yang selalu jadi orang tengah. Diorang selalu hang out, main game, main soccer tapi yang dua orang ni tak bercakap langsung sesama sendiri. (sebab? sebab?) Sebab 2 tahun yang lepas (letak nama A B je la senang) A ni bergurau usik-usik B. Yang B pulak rasa annoyed and cakap 'jangan bercakap dengan aku lagi' . Then yang A ni pun tak bercakap lah. Sampai lah 2 tahun macam tu tapi diorang still hang out sama-sama. Actually diorang nak berbaik esoknya lepas gaduh tu tapi diorang kata timing tak kena. Lepas tu memang terus jadi awkward lah kan. Haaa ambik kau sampai 2 tahun la timing tak kena. Tapi at the end of the show diorang baik-baik balik. (nasib baik happy ending)

Next story pulak ada budak perempuan ni. Umur dia 16 tahun. Dia punya cerita pulak dia pandai dalam art and pernah menang lebih 30 pertandingan pun. Tapi dia sedih sebab ayah dia tak pernah compliment dia pun pada hal dia berusaha sungguh-sungguh. And dia rasa ayah dia tak sayang dia langsung. Ayah dia pulak ayah tunggal. And Ayah dia ni memang jenis yang tak pandai nak luahkan perasaan. Bila dengar ayah dia punya side of story pun memang nampak ayah dia tak tahu perasaan anak dia. Ayah dia marah dia bilik bersepah. Tapi anak dia cakap tak bersepah pun. Ayah dia yang cari kekurangan. Kalau bilik dia 95% bersih, yang 5% salah tu lah ayah dia cari. Anak dia cuma minta ayah dia compliment dia supaya dia terasa dihargai. Tu je yang anak dia minta. At the end ayah dia cakap 'well done' and 'i love you' . (happy ending lagi. yeay :D)

Proses nak membesar ni bukan lah senang. Aya dah mengalami setitik je itu pun rasa macam susah sangat nak hidup. Kalau ada di antara korang yang mengalami cabaran hidup bak dibaling segantang lemon, buat lah leamonade. (tah apa rasa leamonade ni. iced lemon tea tak ada ice tak ada tea la kot) Be positive. Share masalah dengan orang. Terima pendapat dengan terbuka. Stay optimistic. Ujian hidup yang datang tu adalah yang tak melebihi kemampuan kita untuk menanganinya. It's your life. ^_^

No comments:

Post a Comment